MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ SPACE 2019/2020

Majlis Perwakilan Pelajar, MPP Kolej SPACE merupakan satu badan organisasi yang ditubuhkan sebagai perantaraan antara pihak pengurusan Kolej SPACE dengan para pelajar. Semua ahli jawatankuasa MPP telah melalui proses saringan, pemilihan dan undian untuk melayakkan mereka memegang jawatan tertentu di dalam organisasi ini. Undian telah dinilai dan dibuat oleh para pelajar berdasarkan manifesto yang dibawa oleh calon-calon MPP ini.

Sebagai badan organisasi yang bergiat aktif, pelajar-pelajar yang terpilih sebagai ahli jawatankuasa MPP dilatih dan diasah bakat mereka dalam aspek kepimpinan dan pengurusan. Mereka bertindak sebagai pembantu pihak Kolej SPACE dalam mencipta suasana kampus yang harmoni serta menjadi medium penyampai dalam mencapai persefahaman yang baik serta komunikasi yang berkesan antara pihak Kolej SPACE dengan para pelajar.

Di bawah ini merupakan carta organisasi MPP Kolej SPACE 2019:

 

Close Menu