Program yang ditawarkan

flyers Diploma Pengurusan Fasiliti page 1i

Diploma Pengurusan Fasiliti

Program ini diwujudkan bertujuan memenuhi kehendak dan keperluan industri masa kini. Pengurusan Fasiliti tergolong dalam tiga (3) sektor utama iaitu sektor perkhidmatan, sektor pengurusan hartanah, dan sektor pengurusan. Objektif program ini adalah untuk menyelesaikan masalah – masalah dalam pengurusan teori dan teknik secara logik, analitik dan kreatif berdasarkan fakta-fakta kukuh dan idea yang bernas. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran -kemahiran sebagai nilai tambah.

flyers Diploma Pengurusan fasiliti

Diploma Sains Komputer

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan kemahiran berkaitan industri perkomputeran dan teknologi maklumat. Ia meliputi sistem kawalan keselamatan perisian dan rangkaian komputer, algoritma, pengaturcaraan, rekabentuk, pengurusan dan pembangunan perisian, laman sesawang dan sistem komputer. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran – kemahiran industri sebagai nilai tambah.

flyers Diploma Pengurusan page 1i

Diploma Pengurusan

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan kemahiran berkaitan pengurusan serta pendedahan kepada aspek asas pengurusan organisasi termasuk pengurusan kewangan, pemasaran, perakaunan, sistem maklumat  dan pengurusan sumber manusia dan pelaksanaan strategi. Pelajar juga akan dianugerahkan Sijil Kemahiran sebagai nilai tambah setelah tamat pengajian.

flyers Diploma Pengurusan fasiliti

Diploma Perakaunan

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perakaunan serta pendedahan dalam aspek pengurusan, pemasaran, etika profesional serta keusahawanan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan terkini yang sesuai untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran global. Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran – kemahiran industri sebagai nilai tambah setelah tamat pengajian mengikut terma dan syarat.

Flyers Diploma Perniagaan Antarabangsa

Diploma Perniagaan Antarabangsa

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sektor perniagaan antarabangsa serta pendedahan dalam aspek pengurusan kualiti dan pentadbiran, strategi pemasaran luar negara, serta keusahawanan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan terkini yang sesuai untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran global.

Program yang bakal ditawarkan

Flyers Diploma Pentadbiran dan Keselamatan Pekerja

Diploma Pentadbiran dan Keselamatan

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam sektor pentadbiran dan keselamatan pekerja serta pendedahan dalam aspek pengurusan kualiti, keselamatan, sistem operasi, serta keusahawanan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan terkini yang sesuai untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran global.

Flyers Diploma Pengurusan Industri Halal

Diploma Pengurusan Industri Halal

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam industri halal serta pendedahan dalam aspek pengurusan, pengauditan, pemasaran, fiqh, kesihatan serta keusahawanan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan terkini yang sesuai untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran global.

Flyers Diploma Pengurusan Keretapi

Diploma Pengurusan Keretapi

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam industri keretapi serta pendedahan dalam aspek pengurusan, keselamatan, sistem operasi, serta keusahawanan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan terkini yang sesuai untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran global.

Flyers Diploma Pengurusan Pelancongan

Diploma Pengurusan Pelancongan

Program ini berupaya melengkapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam industri pelancongan serta pendedahan dalam aspek pengurusan, keselamatan, sistem operasi, serta keusahawanan menggunakan kaedah pembelajaran yang interaktif dan terkini yang sesuai untuk melahirkan graduan yang kompeten dan berdaya saing serta memenuhi kehendak pasaran global.

Close Menu