TINTA REKTOR
Assalamualaikum wbt and Salam Sejahtera,
Saya amat berbesar hati untuk memperkenalkan Kolej SPACE sebagai kolej swasta yang dipercayai kepada anda. Dengan wawasan untuk menjadi institusi pendidikan tinggi swasta yang terkemuka di rantau ini, Kolej SPACE terus berazam untuk menawarkan program-program berkualiti dan inovatif untuk menghasilkan modal insan yang berdaya saing dalam pasaran kompetitif menerusi sistem pembelajaran kreatif dan inovatif.
Menyasarkan segmen pasaran yang lebih besar, kami komited dalam menyediakan program pendidikan tinggi yang berpatutan namun terbukti berhasil untuk melahirkan graduan-graduan yang kreatif dan inovatif yang bukan sahaja mampu menyelesaikan pengajian akademik mereka, tetapi juga turut menjadi individu yang mampu meningkatkan kemampuan mereka sehingga dapat merealisasikan potensi sebenar diri mereka dan sedar tujuan hidup yang sebenarnya. Matlamat utama kami ialah untuk menghasilkan generasi ulul al-bab, yang akan menjadi khalifah Allah SWT di bumi ini. |