ELEGATE DIPLOMA IN MANAGEMENT (EDIM)

3 Diploma dalam 3 Tahun
Belajar 2½ di Malaysia, 6 bulan di Spain

Objektif Program
Memiliki Diploma Pengurusan Malaysia (ber-MQA)
Graduan akan mempunyai kebolehpasaran yang tinggi untuk bekerja di sektor awam mahupun swasta dalam bidang pengurusan. Graduan yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah boleh memilih mana-mana universiti awam atau swasta di Malaysia.
Memiliki Diploma Pengurusan United Kingdom
Graduan akan menerima diploma kedua dari United Kingdom secara serentak (double conferment) tanpa menambah tempoh masa pengajian. Diploma United Kingdom juga amat berguna sekiranya graduan ingin melanjutkan pelajaran mahupun bekerja di negara-negara Komanwel dan Eropah.
Memiliki Diploma Bahasa Spanish
Graduan akan menerima diploma Bahasa Spanish yang merupakan bahasa kedua terbesar di dunia (selepas bahasa Mandarin). Pembelajaran dijalankan pada tahun akhir pengajian di Barcelona, Sepanyol dalam format kelas intensif dan latihan amali (internship).
Peluang Belajar di Luar Negara
Pengalaman belajar di luar negara menjadikan graduan lebih berketerampilan, kreatif dan inovatif dalam pelbagai bidang. Hasil kajian yang disiarkan oleh Astro Awani melaporkan, daripada 71 usahawan start-up yang berjaya di Malaysia, 64 adalah graduan luar negara manakala hanya 7 graduan tempatan.
Peluang Kerjaya Yang Lebih Luas, di Peringkat Antarabangsa
Dengan kurangnya graduan tempatan berkebolehan menguasai Bahasa Spanish yang menjadi bahasa rasmi di 21 negara di dunia, Graduan ELEGATE akan mempunyai peluang dan pilihan pekerjaan yang lebih luas dengan potensi gaji yang lebih tinggi dalam pelbagai bidang termasuk:
  • Sektor AwamPegawai Kedutaan, Pegawai Perkhidmatan Diplomatik, Atase, Penterjemah, Juru Bahasa, Pegawai Perisikan, Pensyarah, serta Wakil Kerajaan ke badan-badan dunia seperti PBB dan UNESCO.
  • Sektor Pelancongan dan HospitalitiPengusaha Hotel dan Pelancongan, Pemandu Pelancong, Kru Penerbangan, Awak Kapal Persiaran, serta Pengendali Mesyuarat, Ekspo dan Konvension (MICE)
  • Sektor Perniagaan dan Perdagangan​: Pengimport, Pengeksport, Konsultan Hubungan Antarabangsa, Koresponden Asing, Perbankan Antarabangsa, serta Penerbit dan Wartawan
Close Menu